Khamis, 30 Julai 2009

Maafkan kami


PERMOHONAN MAAF
Utusan Malaysia memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat, Menteri Besar Kelantan di atas kesilapan laporan mengenai kenyataan beliau yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009.YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz sebenarnya bermaksud bahawa "nasihat beliau tidak semestinya didengar" ketika mengulas mengenai cadangan kerajaan perpaduan pada sidang media itu.Oleh itu, tajuk atas sebelah kiri, muka surat hadapan Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009 iaitu Nasihat saya mesti didengar adalah salah serta bukan menggambarkan apa yang dimaksudkan oleh YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz pada sidang media itu.Begitu juga fakta berhubung perkara yang sama pada berita penuh mengenai kenyataan beliau itu pada muka surat 7, Utusan Malaysia keluaran 15 Jun 2009, adalah salah.Utusan Malaysia dengan ini menarik balik dengan sepenuhnya kesilapan tersebut dan secara tulus ikhlas memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz di atas kesilapan yang tidak disengajakan itu dan atas apa jua kedukaan atau pengaiban yang mungkin diakibatkan kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz daripada kesilapan tersebut.

Dipetik drpd Utusan Online 30 Julai 2009 / 8 Syaaban 1430

Rabu, 15 Julai 2009

Bas rapidkl U80 terhumban



Dalam bulan ni aku takde lg naik bas, bukan apa bulan lepas aku tengok kat dalam bas ada notis , pengguna dikehendaki menggunakan touch n go , pergi try topup kad tNgo kat ATM maybank takleh lak. dah lama tak topup , dah tukar baru kot.. Ingat semalam nak pegi kl naik bas , jimat sikit , tak jadilah kad tNgo takde duit dalam tu.. lgpun budget ciput ..hari ni tengok berita di Utusan Online ada pulak bas terhumban.. ngeri jugak .. kalau aku yg jadi mangsa.. sahlah aku takkan naik bas seumur hidup.
Harap2 mereka yang cedera cepat sembuh dan dapat insuran.












MMS drpd abg woi



Dah lama tak dapat MMS drpd org, ada dapat hari2 tapi tak boleh buka, naper ntah hp ni, sekarang ni tiba2 dapat pulak semula..
Noh gi Jakarta lalu LCCT, naik airasia ke? takpe budget.. sampai jugak. Harap2 tak lupa amik vaksin H1N1. Nanti jangkitkan adik aku tu, habis orang kampung pulak menjangkit.
Sape lebih poyo Polis Bantuan atau Noh?
p/s: betul ke Noh tu..? aku teka aje..





Selasa, 14 Julai 2009

Dunia semakin mudah ?

Sekarang dah ada mini micro blog twitter ., ramai dah malas nak tulis blog panjang2.
aku nak tulis blog lagi tapi tiada perkara yg dibuat . dan dah hampir setahun tak pergi mana2 . takde apa nak ditulis.. yerK?

BTW follow me @ twitter , kalau anda kenal je..
http://twitter.com/aziela