Jumaat, 7 Ogos 2009

kek batik bittersweet


Resepi kegemaranku ini di adaptasikan(ciplak) atau apa saja dari internet , kawan-kawan dan diubahsuai oleh diriku sendiri, dan tidak pernah pun ada yang mengatakan ianya tidak sedap walaupun mereka yang bermulut celupar.

Penafian:Makanan ini tidak sesuai untuk mereka yang hendak kahwin hujung tahun ini dan terpaksa kurangkan berat badan , juga tidak sesuai untuk mereka yg alah kepada kacang badam,susu pekat manis, biskut (ada ke orang macamni?) dan coklat (kuranglah nikmat hidup) . Juga tidak sesuai untuk pesakit diabetes dan kanak2 yang hiperaktif.


Bahan2 : (untuk setalam kecil 1/2kg kot.. budak2 boleh makan 12 orang kalau tak berebut)
-Coklat masak ada gambar kijang 1/2bar
-1/2 ketul butter
- Susu pekat manis F&N 1/2 cawan
-Ovaltine 1/2 cawan
-3 sudu makan coklat serbuk Vochelle (utk lebih bittersweet).
-Kacang Badam 1 peket yg telah sedia dimakan
-Biskut Marie Hwa Tai perisa original 1 1/2 baris.


sebelum masak , basuh tangan anda, tutup rambut , dan basuh juga semua peralatan.

Pecah2kan biskut kepada 4 bahagian.

Pecah2kan juga badam supaya semua orang dapat makan sikit2 aje.

Masukkan Ovaltine, susu pekat dan Coklat serbuk Vochelle dalam cawan sebatikan ubah sedikit air.
Suam-suamkan periuk , masukkan butter , biarkan cair sikit, jangan panas sangat periuk nanti hangus pulak butter tu, Amik sikit butter yg dah cair , letak di talam yang hendak diletakkan kek ini nanti sebagai pelicin, nanti takdelah melekat sangat di talam.

Bila butter dah cair masukkan coklat bar dan kacau sehingga cair dan sebati dgn butter.

Masukkan bahan2 dlm cawan tadi. Kacau sehingga sebati.

Lepas tu masukkan Biskut dan kacang . kacau2 seminit dua. tutup api dan masukkan dalam talam.

Biarkan ia sejuk baru masuk dalam peti ais. Sudah keras boleh dipotong dan dihidangkan kepada anak2 buah. Sesuai dihidang dengan susu segar tanpa gula untuk kanak2 , teh hijau tanpa gula untuk orang dewasa.

:Gambar tu tak nampak macam kek sebab dipotong sebelum keras lagi.. tak sabar nak makan.
Pinggan tu my ayah yang beli tau, strawberi tu hanyalah replika dibeli di Cameron Highland. Alamak dah lama tak pergi sana.
ok try and enjoy it !!